Makanan tradisi yang terkenal dikalangan Orang Sungai di Kg. Bilit ialah Udang Galah yang digoreng atau rebus. Manakala Ikan Sungai masak pialam atau juga dikenali sebagai masak ampap, ikan sungai juga dibuat jeruk (tinamba, tamba) sama ada bersama ubi atau nasi. Jeruk Durian Merah (alau) juga menjadi salah satu makanan kegemaran disini tetapi hanya boleh didapati mengikut musimnya.