MINI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL KG.BILIT
Mini Pusat Sebaran Maklumat Naisonal (NADI) Kampung Bilit, Sukau, Sabah mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami.Untuk pengetahuan anda semua Mini Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg. Bilit mula dibuka kepada orang awam pada 24 November 2017. Dengan adanya portal ini komuniti setempat diharap agar dapat didedahkan dengan segala maklumat dalam menuju era Teknologi Maklumat yang moden kini.
MINI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Mini Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan konsep baharu Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang diperkenalkan pada tahun 2015 untuk skala yang lebih kecil dengan keluasan premishanya 300 hingga 500 kaki persegi. Mini (NADI) juga merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
PERKHIDMATAN
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan secara PERCUMA kepada semua golongan yang telah menjadi ahli. Antara jenis latihan yang disediakan adalah seperti berikut:
Pengenalan asas komputerAsas
internet Aplikasi elektronik – e-kerajaan, e-dagang, e-pembelajaran
Desktop Publishing – Microsoft Office
Antara perkhidmatan lain:
Perkhidmatan Internet
Mencetak Scanning
fotostat, laminate, binding
zon internet tanpa wayar (wifi)
OBJEKTIF
Memberi pendedahan ilmu ICT kepada komuniti
Membuka peluang kepada perniagaan atas talian
Merangsang perkembangan sosio-ekonomi komuniti
WAKTU OPERASI
Setiap Hari
Isnin hingga Ahad (kecuali cuti umum)
8 pagi hingga 5 petang
PETUGAS MINI (NADI)
Pengurus
Nama : NUR SYAFIQAH BINTI ARBANI
No. Hp : 019-8954774