Pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi penduduk Kg. Bilit dan kemudahan yang disediakan oleh penduduk kampung untuk pelancongan ialah homestay (Seratu Balai Gabpi). Selain itu, terdapat juga lodge persendirian yang ada disekitar kampung. Aktiviti yang digemari oleh pelancong dari luar negara ialah river cruise atau jungle tracking. Perkhidmatan seperti ini terkenal dikalangan pelancong kerana ingin menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di Bilit seperti buaya, gajah, monyet dan yang terkenal monyet proboscis .