Tarikh  04 Febuari 2018 
Masa Jam 9 pagi 
Tempat  Mini Pi Kg.Bilit
Peserta  9 Orang (Pelajar)

 

Tujuan

Kelas dihadiri 9 orang pelajar sekolah dan betujuan untuk memperkenalkan Komputer dan fungsi komputer kepada pelajar.

Aktiviti

Advokasi tentang memeriksa maklumat sebelum menyebarkannya kepada pelajar dan sesi soal jawab.

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang betul tentang komputer dan juga memberi infomasi kepada pelajar tentang komputer dan cara daftar masuk yang betul. Selain itu, memberi pengetahuan baru kepada mereka untuk lebih celik komputer dan tahu fungsi sebenar komputer. Serta informasi lebih jelas tentang komputer yang berada di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Bilit.

 

Gambar klik disini

Tarikh  30 Disember 2017 
Masa Jam 9 pagi 
Tempat  Mini Pi Kg.Bilit
Peserta  5 Orang (Pelajar)

 

Tujuan

Kelas diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang peserta sebelum persekolahan bermula dan membantu peserta untuk menjadi pelajar yang celik komputer.

Aktiviti

Aktiviti ini juga mengajar peserta tentang aplikasi melukis dalam komputer dan belajar menggunakannya. Dengan kelas ini peserta belajar benda baru dan membantu peserta lebih tahu tentang aplikasi dalam komputer serta celik komputer dengan menggunakan aplikasi paint.

 

Gambar klik disini

Tarikh  29 Disember 2017 
Masa Jam 1 petang 
Tempat  Mini Pi Kg.Bilit
Peserta  10 Orang 


Tujuan

Taklimat yang dihadiri 10 orang perserta ini bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan dalam talian kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Advokasi dan kuiz  ringkas tentang keselamatan di alam maya memulakan majlis.

Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan dalam talian. Taklimat perniagaan dalam talian dan menerangkan cara penggunaan media baru seperti facebook,instagram dan lain-lain dalam mengadakan transaksi serta pemasaran perniagaan. Dengan adanya aktiviti  ini, yang dapat memberi infomasi tentang kepelbagaian cara untuk berniaga sama ada dalam talian atau secara terus kepada pengguna serta memberi idea kepada peserta untuk meluaskan sumber pendapatan mereka kelak.

 

Gambar klik disini