Tarikh : 23 & 24 Mac 2018
Masa : 8 Pagi
Tempat : Mini PI Kg. Bilit & Dewan Serbaguna Kg. Bilit

Tujuan

Tujuan hari bersama ini diadakan untuk  memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan PI1M kepada komuniti setempat. Pelbagai program – program yang dijalankan oleh PI1M antaranya Kempen Klik Dengan Bijak (KDB), aplikasi Dashboard Komuniti dan sebagainya.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti diadakan sewaktu Hari Bersama Komuniti antaranya Talk Klik Dengan Bijak, Pengenalan Dashboard Komuniti, Pertandingan mewarna, pertandngan menaip pantas, kuiz dalam talian,cabutan bertuah, saringan kesihatan oleh KOSPEN Sukau, pameran dari Kraftangan Kg. Bilit dan Pameran Kebudayaan dari Persatuan Bangsa Sungai (SABAS) Zon Kg. Bilit. Dengan  adanya hari bersama ini komuniti setempat lebih tahu tentang fasiliti yang disediakan oleh Mini PI1M Kg. Bilit.

 

Gambar Klik Disini

Tarikh : 13.03.2018
Masa : 2 Petang
Tempat : Mini PI Kg. Bilit
Peserta : 8 Orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membaca dalam bahasa Inggeris dan mengira secara dalam talian.

Aktiviti

Kelas dijalankan menggunakan Laman http://www.adaptedmind.com meliputi subjek bahasa inggeris tentang sebutan perkataan bahasa Inggeris dan mengira untuk subjek matematik serta perbincangan dengan peserta.

 

Gambar Klik Disini

Tarikh : 19 Febuari 2018
Masa : 2 Petang
Tempat : Mini PI Kg.Bilit
Peserta : 14 Orang

 

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 14 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk merangsang pemikiran kreatif pelajar sekolah.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan advokasi penipuan dialam maya dan aktiviti soal jawab.


Aktiviti diteruskan dengan aktiviti "Education Games" menjawab crossword puzzle. Tujuan utama aktiviti ini untuk merangsang pemikiran kreatif pelajar sekolah serta dapat meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah rendah.

 

Gambar Klik Disini

Tarikh : 24.02.2018
Masa : 9 Pagi
Tempat Mini Pusat Internet Kg. Bilit
Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memudahkan pelajar mengetahui lebih tentang penggunaan keyboard untuk menaip dan fungsi yang ada di Microsoft Word.

Aktiviti

Aktiviti diteruskan dengan kelas menaip dengan menggunakan Microsoft Word. Kelas ini boleh membantu mereka mengguna komputer dengan lebih tahu cara penggunaan keyboard untuk menaip.

 

Gambar Klik Disini

Tarikh  08 Febuari 2018 
Masa Jam 2 Petang 
Tempat  Mini Pi Kg.Bilit
Peserta  8 Orang 

 

Tujuan

Kelas dihadiri 8 orang pelajar sekolah tahun 6. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar ulangkaji secara dalam talian.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan advokasi cara penggunaan internet yang betul dan berhati-hati agar tidak salah guna internet untuk benda yang tidak berfaedah.

Aktiviti diteruskan dengan kelas ulangkaji UPSR menggunakan Astro TUTOR TV dengan tujuan mendedahkan kepada pelajar cara ulangkaji dalam talian. Selain itu, kelas ini juga memudahkan pelajar mengulangkaji bersama rakan-rakan dan mempelbagaikan cara ulangkaji pelajaran untuk pelajar yang bakal menduduki UPSR serta membolehkan pelajar berbincang cara penyelesaian masalah.

 

Gambar klik disini