Tarikh  26 Feb 2023
Masa Jam 9 Pagi
Tempat  Mini PEDi Kg.Bilit,Sukau.
Peserta  : 6 orang 

 

TUJUAN

Memberikan pendedahan kemahiran gubahan jambangan bunga sekaligus cara menjana pendapatan dari rumah dengan mudah.

 
 
AKTIVITI
Bengkel teori dan amali di jalankan bersama peserta dengan membuat aktiviti gubahan bunga.
 
Tarikh  19 Feb 2023
Masa Jam 9 Pagi 
Tempat  Mini PEDi Kg.Bilit,Sukau.
Peserta  : 11 Orang 

 

TUJUAN

Memupuk minat peserta dalam aspek seni dan kreatif serta mengasah kemahiran motor halus peserta sekaligus dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

 
AKTIVITI
Aktiviti dijalankan dengan membuat anyaman menggunakan kertas warna.
 
 
 

 

Tarikh  10 Feb 2023
Masa Jam 9 Pagi
Tempat  Mini PEDi Kg.Bilit,Sukau.
Peserta  : 2 Orang

 

TUJUAN

Memberikan penerangan tentang kelebihan dan fungsi akaun gmail. Selain itu,peserta dapat mempelajari cara menggunakan email dan fungsi-fungsi lain selain menerima dan menghantar pesanan.

 
AKTIVITI
Kelas teori dijalankan menggunakan Microsoft Powerpoint dan latihan diberikan tentang e-mail menggunakan akaun gmail yang telah dibuat.
 
Tarikh  18 Feb 2023
Masa Jam 9 Pagi
Tempat  Mini PEDi Kg.Bilit,Sukau.
Peserta  : 11 Orang 

 

TUJUAN

Mendedahkan kepada peserta agar lebih mahir dalam pelbagai perkara yang melibatkan penggunaan tangan seperti melukis dan menulis. Selain itu, dapat membantu peserta menulis dengan baik sekaligus peserta dapat mengisi masa lapang di waktu cuti sekolah.

 
AKTIVITI
Peserta menjalankan aktiviti mewarna.
 
 

 

Tarikh  8 Feb 2023
Masa Jam 2 Petang
Tempat  Mini PEDi Kg.Bilit,Sukau.
Peserta  : 9 Orang 

 

TUJUAN

Mendedahkan Penggunaan Aplikasi Canva Sebagai Strategi Pembelajaran yang efektif dan inovatif kepada pelajar serta menghasilkan poster dengan mudah dan menarik.

 
AKTIVITI
Kelas dijalankan menggunakan perisian Aplikasi Canva https://www.canva.com