KLINIK KESIHATAN SUKAU

Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Sukau ini seperti perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya.

 

KLINIK BERGERAK BOT 1 MALAYSIA

 

Selain itu, terdapat klinik bergerak menggunakan bot yang akan singgah di Jeti Kg. Bilit dua kali sebulan dan mempunyai perkhidmatan pemeriksaan kesihatan serta farmasi untuk ubat. Ini memudahkan penduduk kampung untuk menjimatkan kos dan masa untuk berjumpa doktor.

 

HOSPITAL KINABATANGAN 

Walaubagaimanapun, jika penduduk menghadapi masalah kesihatan pada hari-hari cuti, mereka boleh mendapatkan rawatan di  Unit Kecemasan Hospital Kinabatangan yang jaraknya lebih kurang 47km. Disamping itu, terdapat juga klinik swasta disekitar Pekan Kinabatangan.